Nuna Rose

Drama Melayu Terkini, Biodata Artis

Thursday, 13 May 2021

Sinopsis Drama The Time (Kdrama 2018)

  Ubai Ismail       Thursday, 13 May 2021

Sinopsis Drama The Time (Kdrama 2018). Sebuah drama lakonan Seohyun SNSD iaitu The Time ni mendapat tempat dalam kalangan peminat k drama tau. Ditayangkan pada Julai 2018 yang lalu pasti ramai yang dah tengok kan. Tapi takpalah boleh ulang tengok lagi.

Cerita mengenai seorang laki yang kesuntukan masa untuk hidup cuba untuk membantu seorang wanita yang tertekan dengan kehidupannya. Macam mana agaknya jalan cerita dia kan. Jom baca sinopsis dekat bawah ni ya. 


Sinopsis Drama The Time (Kdrama 2018)


Sinopsis Drama The Time (Kdrama 2018)

Drama ini menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang tengah menanti ajal. Dia sudah tidak mempunyai masa yang banyak untuk hidup. 

Oleh sebab itu, dia cuba membantu seorang wanita yang telah putus asa dengan hidup dia untuk kembali merasa nikmat hidup.

Lelaki tersebut adalah Soo Hoo. Dia bekerja sebagai CEO di sebuah restoran dan dia juga merupakan anak keluarga jutawan dan pemilik sebuah syarikat terkenal.

Ji Hyun pula melalui detik yang sukar dan susah. Soo Hoo dan Ji Hyun ni selalu tak sekepala namun hidup mereka seperi terikat di antara satu sama lain. 

Ji Hyun menjadi hilang punca apabila mayat kakaknya di jumpai dalam kawasan kejiranan Soo Hoo. Hidup dia menjadi gelap sekelip mata sejak dari kejadian itu. Dia tidak mahu hidup lagi. 

Soo Hoo pula rasa bersalah dengan kejadian itu, Dia nekad untuk membantu Ji Hyun mencari punca masalah tersebut dan membawa dia kembali ke pangkal jalan.

Dalam proses itu, Soo Hoo jatuh cinta dengan Ji Hyun. Tetapi dia tidak punya banyak masa lagi. Mampukah dia menyelamatkan Ji Hyun?

Kalau nak tahu, kena lah tengok drama ni sampai habis. hehe..


Pelakon drama the time

Antara pelakon hebat yang membintangi drama the time ni adalah Kim Jung-Hyun, Seohyun, Kim Joon-Han, Hwang Seung-Un, Choi Jong-Hwan, Jeon Soo-Kyeong dan Seo Hyun-Woo.

Tak sabar nak tengok cerita romantik macam ni kan. selamat menonton.


logoblog

Thanks for reading Sinopsis Drama The Time (Kdrama 2018)

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment