Nuna Rose

Drama Melayu Terkini, Biodata Artis

Tuesday, 5 January 2021

Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan Megadrama AstroRia

  una       Tuesday, 5 January 2021
DRAMA TERCIPTA SATU IKATAN. Slot Megadrama Astro Ria telah menyiarkan drama terbaru untuk tahun 2021 di mana tajuk drama itu adalah Tercipta Satu Ikatan".

Drama Tercipta Satu Ikatan ini merupakan drama yang diterajui oleh Aeril Zafril , Hannad Delisha dan Izzue Islam bersiaran pada jam 10 malam.







Tercipta Satu Ikatan merupakan drama yang diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Laydee Amarfi dan mula ditayangkan pada 29 December yang lepas.

Di dalam drama ini Hannah Delisha membawa watak Leanna manakala Aeril Zafril pula sebagai Daniyal , jom kita baca sinopsis drama ini.

SINOPSIS DRAMA TERCIPTA SATU IKATAN

Leanna berkahwin dengan Daniyal tidak hanya memenuhi permintaan bapanya sahaja namun di dalam hatinya beliau amat mencintai Daniyal. Daniyal bersifat dingin dengan Leanna namun Leanna tetap berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk Daniyal. 

Kehidupan alam rumah tangga mereka berdua dilalui dengan baik dan bahagia namun semuanya berubah apabila satu pesanan ringkas muncul dan hati Leanna sangat luluh. 

Konflik rumah tangga mereka berterusan dan menyebabkan Leanna telah keluar dari rumah , Leanna sudah tawar hati dengan Daniyal . Leanna tahu Daniyal menyimpan sesuatu rahsia yang tidak diketahui oleh Leanna.

Satu per satu masalah datang , kehadiran Risa yang menagih janji dari Daniyal menambahkan lagi masalah mereka. Siapakah Risa bagi Daniyal ? Adakah Leanna akan kembali??


Untuk info kepada korang yang baru layan drama ini , OST bagi drama ini dinyanyikan oleh Adira dan lagunya bertajuk "Kesempatan Bagimu".

Drama ini ditayangkan setiap hari Isnin sehingga Jumaat jam 10 malam di Astro Ria , jangan lupa kasi trendingkan drama ini okay. 



logoblog

Thanks for reading Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan Megadrama AstroRia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment