INFO DRAMA KOREA. Drama Korea yang semakin hari semakin menjadi tumpuan dek kerana jalan cerita yang unik dan menarik.

Drama korea yang semakin menjadi tumpuan pada masa sekarang adalah Penthouse , drama ini berjaya meraih banyak viewer di Korea dan juga luar Korea.

Drama "Penthouse" ini adalah drama lakonan hebat Kim So Yeon , Eugene dan Lee Ji Ah , ketiga-tiga merupakan teraju utama drama ini.



Untuk sapa yang baru nak layan drama ini , Una sangat rekemen drama ini untuk korang layan sebab sangat interesting dan akan ada plot twist dalam drama ini.

Drama ini telahpun umumkan yang akan ada season 2 Penthouse , so jom baca tentang drama ini.


SINOPSIS DRAMA 'PENTHOUSE'

Mengisahkan tentang keluarga yang tinggal di Apartment Penthouse yang mewah dengan 100 tingkat.

Shim Su-Ryeon (Lee Ji-Ah) dilahirkan dalam kekayaan. Dia sekarang wanita anggun dari kelas atasan dan dia seperti permaisuri Penthouse Apartment. Suaminya ialah Joo Dan-Tae (Uhm Ki-Joon). Dia berjaya dalam perniagaan dan harta tanah.

Cheon Seo-Jin (Kim So-Yeon) dilahirkan dalam keluarga kaya. Dia sombong. Suaminya ialah Ha Yoon-Cheol (Yoon Jong-Hoon). Dia adalah ketua bedah di hospital umum dan seorang yang bercita-cita tinggi.

Oh Yoon-Hee (Eugene) berasal dari latar belakang keluarga yang miskin. Dia bekerja keras untuk kejayaan anak-anaknya. Dia mahu tergolong dalam kelas atasan untuk anak-anaknya.


Season 2 drama Penthouse ini telah pun melakukan pengambaran dan akan ditayangkan pada bulan 2 ini.

Ramai sudah tidak sabar nak tengok drama "Penthouse Season 2" , so korang yang belum layan drama ini boleh layan dekat sini >>> PENTHOUSE SEASON 1

Profil Drama: Penthouse

Pengarah: Joo Dong-Min

Penulis: Kim Sun-Ok

Rangkaian: SBS

Episod: 21

Waktu Jalan: Isnin & Selasa 22: 00-23: 10 (Musim 1) / Jumaat & Sabtu 22: 00-23: 10 (Musim 2)

Bahasa: Bahasa Korea

Negara: Korea Selatan


Episod akhir drama Penthouse berakhir semalam , untuk korang yang tak layan habis lagi cerita ini , Una kasi spoiler sikit yer , drama ni akan ada plot twist episod akhir.

Jangan lupa layan taw korang semua !!! Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post