GOLDEN DISC AWARDS 2020.  Golden Disc Awards 2020 yang merupakan salah satu anugerah berprestij di Korea Selatan akan berlangsung pada dua hari iaitu pada 9-10 January 2021.

Pada hari ini "35th Golden Disc Awards" bersama CURAPROX mengumumkan senarai artis yang akan menghadiri anugerah berprestij ini.






BTS , TWICE , NCT 127 , NUEST , MONSTA X , SEVENTEEN , OH MY GIRL , STRAY KIDS merupakan barisan artis yang pertama diumumkan.

Kesemua yang diumumkan hadir ini merupakan artis yang cemerlang dalam tahun 2020 di mana lagu serta album mereka berjaya menarik perhatian peminat kpop.

Di antara barisan artis ini , BTS , TWICE , GOT7 , NCT 127 , STRAY KIDS , NUEST , SEVENTEEN dan  MONSTA X merupakan calon untuk anugerah penjualan album.

BTS merupakan antara calon ramalan yang akan membawa pulang anugerah terbesar bagi kategori penjualan album.

Manakala , BTS , TWICE dan OH MY GIRL merupakan calon untuk penjualan digital dan mereka juga tercalon dalam kategori "Bonsang" untuk Digital Division.  

Pada 9 January merupakan untuk anugerah digital yang akan di hoskan oleh Lee Seung Gi dan Park So Dam.

10 January pula untuk kategori penjualan album akan di hoskan oleh Lee Da Hee dan Sung Si Kyung.

Jangan lupa nantikan anugerah berprestij ini okay.


Post a Comment

Previous Post Next Post