Kenali Pak Samad 7 Hari Mencintaiku 2

 BIODATA ARTIS. Siapa tidak mengenali watak Pak Samad dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 , di mana ketegasan watak Pak Samad dalam membimbing keluarga beliau dalam menghadapi onak duri.

Watak Pak Samad di dalam cerita ini di bawa oleh pelakon Veteren iaitu Kazar , jom kita kenali dengan lebih mendalam Kazar.


Kazar merupakan pelakon senior yang lakonan beliau sangat hebat dan disebabkan sudah lama berlakon , lakonan beliau berada di tahap yang tersendiri.

Jom kita baca biodata penuh Pak Sama @ Kazar di bawah.


BIODATA ARTIS ~

NAMA : Kazaruddin bin Sais

TARIKH LAHIR : 28 April 1959

TEMPAT LAHIR : Kampar , Perak Malaysia

TAHUN AKTIF : 1984 –kini   


INFO Kazar @Pak Samad

- Beliau merupakan seorang pelawak , pelakon dan penyanyi

-Mempunyai 5 orang anak

- Lagu popular beliau adalah "Memburu Impian"

- Beliau sangat aktif berlakon drama dan telefilem

- Pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik Tv


MEDIA SOSIAL ~

Jangan lupa follow dan like media social milik artis-artis ini yer.

INSTAGRAM : KAZAR


ANTARA DRAMA LAKONAN BELIAU ~

Kabus Di Lembah / Rindu Yang Tertunda / Bapa Mentuaku /Tempat Ketiga / Abang Bomba I Love You Raya / #TerobekRaya / Haji Gugel / Korban Jalil & Jiman/ Cerita Orang Lama/ Telingkah / My Sweet Madu / Al-Kisah Dua Roda / Khutbah Terakhir / Menantu Raya / Abang! Adik Patah Balik / Rendang Buatan Timah / Hijrah Itu Indah / Jodoh Wassap / Hantu Don / Jamil Balik Kampung / Kampung Arena Panggang / Heri Bota / Ala-Ala Manja / Aku Bukan SyurgaMu / Puteri Buluh Lemang / Saka Viral / 5 Hari 3 Dusta / Perang Dingin


Selain berlakon drama Kazar juga aktif berlakon telefilem dan banyak telefilem-telefilem yang telah beliau lakonan.

Disamping berlakon , Kazar juga seorang penyanyi yang hebat dan ada beberapa lagu beliau yang menjadi viral.

Antara lagu beliau adalah Kali Pertama Kasih Ku Bersemi (1984) , Memburu Impian (1985) , Tiap Waktu Terluang (1985) , Tidak Kesampaian (1985) dan banyak lagi.

Jangan lupa rajin-rajin dengar lagu Pak Samad di youtube yer dan juga jangan lupa follow media social milik beliau untuk mengetahui dengan lebih banyak aktiviti seni beliau.





Comments

Popular posts from this blog

Biodata " Lailer " Kampung People

Jom Kenali" Sofi" 7 Hari Mencintaiku 2

Jom Kenali Syazwan Zulkifli @ "Helmi 7 Hari Mencintaiku"