Jom Kenali Mak Leha 7 Hari Mencintaiku

 Biodata Artis. Untuk biodata artis hari ini , kita akan kongsi biodata mengenai pelakon veteren yang namanya menjadi sebutan ramai iaitu Liza Abdullah.

Liza Abdullah atau lebih dikenali dengan watak Mak Leha menjadi sebutan ramai orang dek kerana populariti drama 7 Hari Mencintaiku 2 , jadi jom kita baca biodata beliau.



BIODATA ARTIS ~

NAMA : Norliza binti Abdullah

TARIKH LAHIR : June 6, 1964

TEMPAT LAHIR :Kuala Lumpur, Malaysia

TAHUN AKTIF : 1980 –kini                 


INFO Liza Abdullah

-          Aktif berlakon sejak tahun 1980

-Seorang pelakon senior yang sangat berkebolehan

-Lakonan beliau dalam setiap drama sering mendapat pujian

-Watak Mak Leha melonjak kembali nama beliau pada tahun 2020

-Mempunyai 5 orang anak


MEDIA SOSIAL ~

Jangan lupa follow dan like media social milik artis-artis ini yer.

INSTAGRAM :  Lizza_Abdullah


Nama Lizza Abdullah mula dikenali selepas membintangi filem "Ali Setan" dan "Pagar- Pagar Cinta" lakonan beliau bersama AR Badrul.

Beliau aktif berlakon dalam filem , drama dan telefilem , banyak hasil lakonan beliau mendapat pujian dari ramai orang.

ANTARA DRAMA DAN TELEFILEM LAKONAN BELIAU ~

Senafas Rindu , Jodoh-jodoh Annisa , Ajak Oh Ijal , Tolong Aku Doktor Cinta , Cinta Belum Tamat Tempoh , Pesan Pada Hati , 7 Hari Mencintaiku , Bukan Kahwin Paksa , 7 Hari Mencintaiku 2 , Mangsa , Azam , Neraka Abah , Mak Cik Acapella , Tanah Kubur , Asmara Luna , Ariana Rose dan banyak lagi.

Kehebatan lakonan beliau membolehkan beliau tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Di Anugerah Skrin pada 1995.

Beliau juga tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik Drama Anugerah Skrin pada 2013 melalui lakonan hebat beliau dalam drama Neraka Abah.


Beliau juga aktif berlakon filem , antara filem lakonan beliau adalah Ali Setan , Ali Setan 2 , Balik Kampung , Jejaka Perasan , X , Driving School , Marah – Marah Sayang dan banyak lagi.

Untuk mengetahui aktiviti seni Liza Abdullah jangan lupa follow media social milik beliau okey semua.








Comments

Popular posts from this blog

Biodata " Lailer " Kampung People

Jom Kenali" Sofi" 7 Hari Mencintaiku 2

Jom Kenali Syazwan Zulkifli @ "Helmi 7 Hari Mencintaiku"